Saturday, 29 December 2018

7. 2 Week Wait (2ww)

   11.12.18

I will never ever forgot this date until i die
Hari ni hari bersejarah bagi saya kerana pukul 235pm, sy telah dimasukkan dengan 2 embrio2 ke dalam rahim saya🥺


Allahu Akhbar tidak pernah lekang dr bibit saya....
myself and my husband

hari ini, hanya 3 orang yang dilayan oleh dr Cheong

Prosedur seterusnya ini, kami yang akan dimasukkan dengan telur atau embrio-embrio yang sihat diminta untuk menahan kencing.

Saya orang ketiga untuk menjalan proses ini. Punyalah susah hendak menahan kencing ni rupanya. Saya jenis yang minum air putih sentiasa dan kencing  susah sebenarnya hendak menahan tapi ikut sajalah nasihat doktot.

Ketika memasukkan telur-telur tersebut, proses dijalankan secara mentah-mentah. Ini bermaksud saya akan sedar dan boleh melihat ketika jarum memasukkan telur-telur itu ke dalam rahim. Nak nangis saya lihat ketika Dr Cheong mengatakan, tahniah, sudah masuk 2 embrio ke dalam rahim . Kamu sudah mengandung. Saya diminta untuk datang ke klinik keesokkan harinya. 



12.12.18

   Tanpa berjumpa dengan Dr Cheong, saya telah diberi beberapa ubat untuk menguatkan rahim dan ubat gel. 
- Duphaston - setiap 12 jam mesti di makan.
- Crinone - Sejenis gel yang akan dimasukkan melalui vargina setiap pagi.
Dan setiap selasa dan Jumaat datang ke klinik untuk Suntikan di buntot!!!

Inilah yang dibuat selama 2 minggu dan nasib baik terjumpa dengan group wanita IVF di Facebook. Kami saling bertukar maklumat. 
Inilah masanya mereka panggil 2 week wait.

Saya perlu buat pemeriksaan HCG darah pada 25th December. Ngam-gam pulak cuti Christmas....jadi 26th lah nampaknya...Ya Tuhanku.....

No comments:

Post a Comment