Tuesday, 25 December 2018

6. Next steps


   9hb 12 2018

   Allahu rabbi sakitnya selepas pengambilan telur semalam... Pukul 4am aku terbangun dari tidur nak ke tandas, slps tu nak tidur balik, boleh2 keluar keringat sejuk dari badan....Sakit tak terhingga...Aku terus telan 2 biji ubat yg diberikan oleh klinik sabah care..Suami terus terjaga dan asyik mundar-mandir melihat keadaan saya yang betul-betul kesakitan.  ..ke hospital yer ke hospitalyer...lps sy diam dari mengerang kesakitan,baru dia tenang,solat dan tidur balik sampai 10am!!!! Abangggg...sampai lapar saya tunggu dia bangun


...sakit-sakit gini baru aku rasa nak tinggal balik kat kampung...mak...tp takkan nak menyusahkan mak lagi...kecuali bersalin nantilah...hihi

   Keesokkan hari nya< saya ada menelefon mak di kg. dia menangis pulak selepas dapat tahu saya baru habis pembedahan. Itu pasal sayan malas sungguh hendak memberitahu segala kesakitan saya di sini dengan Mak saya di Kampung. Tapi saya bagi tahu semuanya ok. Suami jaga saya dengan baik. Baru dia tenang dan terima apa yang saya dengan suami buat sekarang ini.

No comments:

Post a Comment