8.12.2018
Maaf ada gambar saya ketika masih amai. Waktu ini, saya baru keluar dari bilik bedah. Pertama kali saya dibius dan saya bagi tau anda semua, seronoknya tidur kalau kena bius ...hahaha...entah apa saya cerita dengan pakar bius tu tp sakitnya sampai skrg terasa. Dalam scan sebelum ni hanya ada nampak 5 kanan dan 3 di kiri tetapi Dr Cheong boleh mengeluarkan 13 biji telur. Alhamdulillah.
Hari yang sama, sperma suami dihasilkan (dia buat kan tempat yang sama). Thank you abang.
Ada sejenis ubat yang diberikan oleh Dr Cheong untuk mengelak sakit. Setiap 6 jam perlu dimakan. Di waktu inilah saya betul-betul kesakitan pada setiap suboh. Boleh keluar keringat sejuk.
Waktu itulah suami saya akan berjaga untuk memastikan saya tidak kesakitan hingga mengerang. Selepas dia solat suboh, dia pulak sambung tidur.
9hb December 2018.
Saya menerima whatsapps dari pihak clinik dan mereka memberitahu dari 13 biji telur, ada 10 yang dapat disenyawakan dengan sperma suami. Alhamdulillah lagi.
Proses memasukkan telur-telur yang telah disenyawakan akan berjalan pada 11.12.18. Datang ke tempat yang sama.
No comments:
Post a Comment