Sebelum anda diberikan segala suntikan, anda perlu berjumpa dengan pakar wanita yang membuat proses IVF ini. Check macam mana tarikh bila anda datang bulan. Adakah datang on time setiap bulan atau tidak teratur.
Dan perkara yang saya paling ngilu ialah scan perut dan rahim dari luar dan DALAM!!!!
Bayangkan benda ni pertama kali masuk dari bawah, vargina kita? Ngilu subhanallah...
Pertama kali saya kena scan, sedih tuhan sajalah yang tahu. Boleh-boleh selepas saya dapat tahu keputusan scan pertama, saya minta cuti dari ketua saya. Syukurlah ketua saya jenis memahami. Thank you Kak Aminah.
Pertama kali saya discan oleh Dr Cheong, beliau mengatasakan hanya ada 5 biji telur di kanan ovum saya dan kiri langsung tidak ada. Dia kata, jangan risau, kita usaha. Itu yang membuatkan saya lebih semangat lagi walaupun tidak ada jiwa hendak teruskan. Tapi, entah dari mana saya ada semangat nak buat. Kemungkinan dari suami saya. "Kita nak teruskan kah ,bang?" "Alang-alang kita sudah ke klinik ni, teruskan sajalah".
Jadi Dr Cheong bagi saya ubat hormon untuk datang bulan. Bersambung dibawah ini.
1hb December 2018
Hari ni Dr Cheong betul betul betul pulak yang happy sebab telur-telur sebelah kiri saya mengembang dengan sihat. Siap tepuk-tepuk tangan. Ini adalah kerana, 2 kali saya scan untuk melihat keadaan telur-telur saya di kiri dan kanan,hanya ada 5 dikanan dan 3 dikiri. Selepas 10 hari sesuntikan berselin dan ...., dapat dilihat telur semua gemuk dikiri sebanyak 5 biji. Dr Cheong kata,suntikan yang bagus dan ngam menyebabkan telur-telur itu sihat tetapi ada jauh ke dalam sedikit kerana daya kurang bersenam. Selapas hari kedua saya membuat suntikan berselin sendiri, boleh-boleh demam . Jd x bersenam langsung...Nah,kena bersenam juga ni.
Nampak benda yang digunakan oleh pihak klinik untuk melihat telur-telur saya di atas?
3 hari sekali saya kena check untuk memastikan ovum2 saya sihat...seminggu 3 kali kena 'cucuk' oleh benda tu....sekali Dr Cheong cucuk dari vagina , terkiri dan terkanan punggung saya. Ngilunya subhanallah. Tapi bertabah dan kuatkan semangat.
No comments:
Post a Comment