Terkejut saya dengan perubahan nafsu makan...dulu..sarapan berat,kenyangnya sampai ke tengahari...tp sekarang...setiap 30 minit lapar
20hb December 2018.
Tak tahu macam mana saya nak taip tetapi betapa sengsaranya hidup saya selama 4 hari lepas...saya ada penyakit migrane...sakitnya berada d kening kanan dan sekali sakitnya datang...semua kerja tak boleh buat...tapi kalau makan ubat khas untuk migrane ,tak sampai 5 minit boleh hilang sakitnya.
Tapi kali ni oleh sebab ada 2 embrio dalam badan,segala ubat sakit dan painkiller tidak boleh di makan...saya tanya pihak klinik pun..mereka minta saya tidur...itu sahaja.
Tapi apa saya rasa sekarang macam tidak mengandung...hanya kadang-kala nak muntah...tp itu mungkin kerana migran.
Saturday, 29 December 2018
7. 2 Week Wait (2ww)
11.12.18
I will never ever forgot this date until i die
Hari ni hari bersejarah bagi saya kerana pukul 235pm, sy telah dimasukkan dengan 2 embrio2 ke dalam rahim saya🥺
Allahu Akhbar tidak pernah lekang dr bibit saya....
I will never ever forgot this date until i die
Hari ni hari bersejarah bagi saya kerana pukul 235pm, sy telah dimasukkan dengan 2 embrio2 ke dalam rahim saya🥺
Allahu Akhbar tidak pernah lekang dr bibit saya....
myself and my husband
hari ini, hanya 3 orang yang dilayan oleh dr Cheong
Prosedur seterusnya ini, kami yang akan dimasukkan dengan telur atau embrio-embrio yang sihat diminta untuk menahan kencing.
Saya orang ketiga untuk menjalan proses ini. Punyalah susah hendak menahan kencing ni rupanya. Saya jenis yang minum air putih sentiasa dan kencing susah sebenarnya hendak menahan tapi ikut sajalah nasihat doktot.
Ketika memasukkan telur-telur tersebut, proses dijalankan secara mentah-mentah. Ini bermaksud saya akan sedar dan boleh melihat ketika jarum memasukkan telur-telur itu ke dalam rahim. Nak nangis saya lihat ketika Dr Cheong mengatakan, tahniah, sudah masuk 2 embrio ke dalam rahim . Kamu sudah mengandung. Saya diminta untuk datang ke klinik keesokkan harinya.
12.12.18
Tanpa berjumpa dengan Dr Cheong, saya telah diberi beberapa ubat untuk menguatkan rahim dan ubat gel.
- Duphaston - setiap 12 jam mesti di makan.
- Crinone - Sejenis gel yang akan dimasukkan melalui vargina setiap pagi.
Dan setiap selasa dan Jumaat datang ke klinik untuk Suntikan di buntot!!!
Inilah yang dibuat selama 2 minggu dan nasib baik terjumpa dengan group wanita IVF di Facebook. Kami saling bertukar maklumat.
Inilah masanya mereka panggil 2 week wait.
Saya perlu buat pemeriksaan HCG darah pada 25th December. Ngam-gam pulak cuti Christmas....jadi 26th lah nampaknya...Ya Tuhanku.....
12. Teruskan usaha,berubat,berehat dan tanamkan jiwa tenang
Aku fikir habis sudah pendarahan tidak jadinya embrio2 yg sepatutnya masuk 6 minggu tersebut... Jiran sebelah rumah baru sahaja melahirkan anak dan terserempak dengan emak jiran dari kampung sedang menjemur kain. Bercerita tentang baby jiran kuning dan mak cik tu nampak saya berstokin...”Berpantang ker”, “Iyer mak cik,jatuh 6 minggu”...berborak tentang makanan pantang...saya bercerita tentang bahan-bahan yang saya tumbuk kelmarin...mak cik terus cakap...jangan makan kunyit dulu...banyak2 minum air halia...biar darah-darah tu keluar habis dulu dan jangan paksa berhentikan darah tu... Aku angguk-angguk sajalah...
Manusia ni tidak pernah puas...terutama benda-benda yang remeh-temeh. Terutama sekali kalau kita tinggal dalam satu kumpulan organisasi yang banyak mulut. Hahahaha
"Macam mana prosedur IVF mu paw?"
"Kesian kau paw"
"Banyak duit mu buat ah Paw"
inilah kata-kata yang sudah terkeluar dari mulut kawan-kawan sekerja. Belum lagi kalau saudara - mara tau...
Mak selalu pesan jangan bising-bising kalau sudah tahu mengandung...TAPI...
nak cuti, kena bagi tau boss...
Kita cuti semua kawan hairan dan ada yang tidak puas hati kita cuti..kenapa..sihat juga dia...terpaksalah bagi tau
Pastu ada pulak mulut-mulut jahat.....aku ada kawan tau buat IVF...tidak menjadi tau Paw...
Tak payah lah kau buat Paw, sayang duit....
JAHANAM MAMA MEREKA SAMPAI MATI....
Nasib baik sudah takder babies dalam rahim aku sekarang sebab aku dah stress dan meroyan dalam ni....
Back to realiti dan BE POSITIF and HAPPY .......
Banyak nasihat-nasihat yang entah mana satu aku mau ikut.... Aku fikir satu saja sekarang ni....aku nak cepat sembuh,kerja jangan terlampau keras macam dulu dan jaga kesihatan...Tak mahu aku kerja keras lagi... Tiba-tiba aku teringat gambar ini 👇🏼 😅😅😅😅
Alahai Cikgu Sha’ari
Thursday, 27 December 2018
11. Memperkuatkan lagi 'kuda-kuda' dalam badan.
Selepas menerima berita yang tidak menyedapkan jiwa kami laki bini, saya terus bersemangat untuk memperkuatkan lagi badan dan sistem pembiakan saya. In shaa Allah ...yang penting kita berusaha.
3 keping sirih
2 batang kunyit hidup
3 keping asam keping
tumbuk dan simpan digelas. Siram air suam dan minum 3 kali sehari.
Semua resepi ini saya dapat dari mama saya.
Usaha usaha usaha..itu yang penting.
Badan penuh dengan ubat hormon jadi kita gunakan bahan-bahan tradisional juga.
3. pengenalan badan sendiri dan nasihat dari pakar
Kalau tengah cuti panjang ni,semua bahan bacaan dibaca... Sudah lama rasanya tidak berbuat sedemikian.
Dari bahan bacaan sejarah ke buku cerita cinta ke perubatan. Sebelum saya panjang lebar bercerita di sini,saya ingin memperkenalkan Doktor dan tempat di mana saya membuat IVF.
Dari bahan bacaan sejarah ke buku cerita cinta ke perubatan. Sebelum saya panjang lebar bercerita di sini,saya ingin memperkenalkan Doktor dan tempat di mana saya membuat IVF.
Keputusan kesuburan saya. Kesian pada diri ini,nampak hanya ada 5 biji telur di sebelah kanan rahim..akan tetapi.....
Tempat saya mendapat nasihat dan ubat-ubatan untuk meningkatkan kesuburan...Dr Cheong merupakan doktor yang membantu saya.
Di tingkat atas Klinik,di bawah pharmachy
selepas saya diberi nasihat dan ujian dara,arusaadierikan ubat untk ‘mengemukkan’ semua telur-telur yang masih ada dibadan.Selepas 10 hari bersuntik 2 kali sehari,scan kedua menampakkan telur sy nt dr mana muncul perlaan-lahan
1.Ivf
Hello my beautiful friends...
Assalamualaikum dan Hai,
Nama saya Fauziah Halim dan ini cubaan saya menulis sebuah blog tentang perjalanan saya mengikuti program IVF. Apa itu IVF.
Persenyawaan in vitro (IVF) ialah proses di mana telur dikeluarkan daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal. Persenyawaan berlaku di dalam ceper ini ("in vitro" bermaksud "dalam gelas kaca"). Beribu-ribu bayi telah dilahirkan melalui kaedah IVF di seluruh dunia sejak yang pertama dalam tahun 1978.
https://www.babycenter.com.my/a25017959/rawatan-kesuburan-persenyawaan-in-vitro-ivf#ixzz5agbYr2bc
Dalam bahasa Indonesia kah ni ? Tapi boleh difahami juga kan....
Tahun ni masuk 42 tahun saya dilahirkan di dunia ini. Banyak benda saya buat dengan keberanian yang entah dari mana saya dapat tapi kali ni keberanian saya betul2 terjadi.
IVF- In Vitro Fertilisation atau orang kata Bayi Tabung Uji..
Sebelum wanita-wanita dan pasangan masing-masing yang ingin menjalankan IVF ni, anda semua WAJIB kuat. Kuat dari segi mental dan fizikal dan yang penting kuat dari segi PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI...
Bismillahirahmanirahim....
Betul, mengikuti proses melakukan IVF ni perlu kuat....
Mana ada orang mau suntikan jarum di badan sendiri hari hari hari hari sebanyak 3 kali sehari....selama 2 minggu....Siapa? Kami wanita-wanita yang subur tapi susah mau mengandung. Maaf ya tapi kami bukan mandul.
Sebelum membuat ivf ni, pihak klinik dan doktor pakar akan meminta kita masa yang amat teliti dan lama sebelum pengambilan telur-telur kita...
1. Selama 30 hari, kita akan diminta makan hormon bernama norculot untuk memastikan kita datang bulan...Saya mula makan norcolut ni pada bulan oktober.....datang bulan pada 16 November 2018..terus aku cuti..sebab datang bulan saja..terus kena suruh bersuntik SENDIRI ...
Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Mu Ya Allah kerana ditemu jodoh dengan suami saya sekarang. Semua dia bagi kerjasama dan sentiasa memberikan semangat yang kuat dan jitu terhadap penjagaan emosi, makan minum saya dan perkara yang amat saya tidak akan lupa ketika kesakitan selepas operation pengambilan telur-telur dari ovum saya. Dia menjaga saya ketika datangnya sakit dan kembung perut pada pukul 2 pagi setiap malam untuk 3 hari 2 malam. Terima kasih kekasihku Abang Syeh, kaulah syurga ku.
Ok, disini saya akan berikan beberapa barangan yang perlu anda buat dan tempuhi sebelum bermulanya proses IVF. Ini antara gambar-gambar jarum yang sy guna untuk suntikan IVF. Suntikkan2 ini selama 10 hari. Jadi sapa yang mau buat IVF ni, perlu ada 2 bulan untuk persediaan sebelum pengambilan telur atau operation pengambilan telur-telur (OVUM) anda...
Jarum-jarum ini perlu disuntik pukul 7am setiap hari dan 7pm setiap malam selama 10 hari.
Tapi sebelum tu, anda perlu diberi taklimat untuk memakan sejenis hormon untuk membolehkan anda datang bulan.
Assalamualaikum and Hai, My name is Fauziah Halim and this is my attempt to write a blog about my trip to the IVF program. What is IVF. In vitro fertilization (IVF) is a process in which the egg is removed from the ovary and is combined with the sperm in the laboratory of culture. Fertilization occurs in this area ("in vitro" means "in glass"). Thousands of babies have been born through the IVF method around the world since the first in 1978. https://www.babycenter.com.my/a25017959/care-freedom-intervention-in-vitro-ivfIn the Indonesian language of this? But it can also be understood .... This year came in 42 years I was born in this world. Many things I do with the courage that somehow I get but this time my courage really happened. IVF- In Vitro Fertilization or people say Baby Tubes Test .. Before women and couples who want to run IVF this, you are all STRONGLY strong. Strong mentally and physically and essentially strongly in terms of HUSBAND RELATIONSHIPS ... Bismillahirahmanirahim .... Right, follow the process of doing IVF ...need to be strong .... Where do you want a needle injection on your own body day day day as much as 3 times a day .... for 2 weeks .... Who? We are fertile women but hard to conceive. Sorry yes but we are not barren. Before making this ivf, the clinic and the specialist will ask us for a very long time before taking our eggs ... 1. For 30 days, we will be asked to eat hormone called norculot to make sure we come to the moon ... I started eating norcolut ni in october ..... coming month on November 16th, 2018..there is my leave..this comes months only ...
I am so grateful and grateful to Mu Ya Allah for being married to my husband now. All of them for the co-operation and always give a strong and precise passion for emotional care, eat my drink and things I will never forget when pain after the operation of taking eggs from my ovum. She keeps me on when it comes to pain and bloating at 2 am every night for 3 days 2 nights. Thanks my beloved Abang Syeh, you're my heaven. Okay, here I will give you some items you need to make and go before the start of the IVF process. This is among the symmetric needles for IVF injection. Inject it for 10 days. So whoever wants to make IVF, there needs to be 2 months to stock up before egg recruitment or your egg-egg operation (OVUM) ..
2. Scan-scan-scan-scan
Sebelum anda diberikan segala suntikan, anda perlu berjumpa dengan pakar wanita yang membuat proses IVF ini. Check macam mana tarikh bila anda datang bulan. Adakah datang on time setiap bulan atau tidak teratur.
Dan perkara yang saya paling ngilu ialah scan perut dan rahim dari luar dan DALAM!!!!
Bayangkan benda ni pertama kali masuk dari bawah, vargina kita? Ngilu subhanallah...
Pertama kali saya kena scan, sedih tuhan sajalah yang tahu. Boleh-boleh selepas saya dapat tahu keputusan scan pertama, saya minta cuti dari ketua saya. Syukurlah ketua saya jenis memahami. Thank you Kak Aminah.
Pertama kali saya discan oleh Dr Cheong, beliau mengatasakan hanya ada 5 biji telur di kanan ovum saya dan kiri langsung tidak ada. Dia kata, jangan risau, kita usaha. Itu yang membuatkan saya lebih semangat lagi walaupun tidak ada jiwa hendak teruskan. Tapi, entah dari mana saya ada semangat nak buat. Kemungkinan dari suami saya. "Kita nak teruskan kah ,bang?" "Alang-alang kita sudah ke klinik ni, teruskan sajalah".
Jadi Dr Cheong bagi saya ubat hormon untuk datang bulan. Bersambung dibawah ini.
1hb December 2018
Hari ni Dr Cheong betul betul betul pulak yang happy sebab telur-telur sebelah kiri saya mengembang dengan sihat. Siap tepuk-tepuk tangan. Ini adalah kerana, 2 kali saya scan untuk melihat keadaan telur-telur saya di kiri dan kanan,hanya ada 5 dikanan dan 3 dikiri. Selepas 10 hari sesuntikan berselin dan ...., dapat dilihat telur semua gemuk dikiri sebanyak 5 biji. Dr Cheong kata,suntikan yang bagus dan ngam menyebabkan telur-telur itu sihat tetapi ada jauh ke dalam sedikit kerana daya kurang bersenam. Selapas hari kedua saya membuat suntikan berselin sendiri, boleh-boleh demam . Jd x bersenam langsung...Nah,kena bersenam juga ni.
Nampak benda yang digunakan oleh pihak klinik untuk melihat telur-telur saya di atas?
3 hari sekali saya kena check untuk memastikan ovum2 saya sihat...seminggu 3 kali kena 'cucuk' oleh benda tu....sekali Dr Cheong cucuk dari vagina , terkiri dan terkanan punggung saya. Ngilunya subhanallah. Tapi bertabah dan kuatkan semangat.
Tuesday, 25 December 2018
6. Next steps
9hb 12 2018
Allahu rabbi sakitnya selepas pengambilan telur semalam... Pukul 4am aku terbangun dari tidur nak ke tandas, slps tu nak tidur balik, boleh2 keluar keringat sejuk dari badan....Sakit tak terhingga...Aku terus telan 2 biji ubat yg diberikan oleh klinik sabah care..Suami terus terjaga dan asyik mundar-mandir melihat keadaan saya yang betul-betul kesakitan. ..ke hospital yer ke hospitalyer...lps sy diam dari mengerang kesakitan,baru dia tenang,solat dan tidur balik sampai 10am!!!! Abangggg...sampai lapar saya tunggu dia bangun
...sakit-sakit gini baru aku rasa nak tinggal balik kat kampung...mak...tp takkan nak menyusahkan mak lagi...kecuali bersalin nantilah...hihi
Keesokkan hari nya< saya ada menelefon mak di kg. dia menangis pulak selepas dapat tahu saya baru habis pembedahan. Itu pasal sayan malas sungguh hendak memberitahu segala kesakitan saya di sini dengan Mak saya di Kampung. Tapi saya bagi tahu semuanya ok. Suami jaga saya dengan baik. Baru dia tenang dan terima apa yang saya dengan suami buat sekarang ini.
Keesokkan hari nya< saya ada menelefon mak di kg. dia menangis pulak selepas dapat tahu saya baru habis pembedahan. Itu pasal sayan malas sungguh hendak memberitahu segala kesakitan saya di sini dengan Mak saya di Kampung. Tapi saya bagi tahu semuanya ok. Suami jaga saya dengan baik. Baru dia tenang dan terima apa yang saya dengan suami buat sekarang ini.
5. The sleep was nice.....but....
8.12.2018
Maaf ada gambar saya ketika masih amai. Waktu ini, saya baru keluar dari bilik bedah. Pertama kali saya dibius dan saya bagi tau anda semua, seronoknya tidur kalau kena bius ...hahaha...entah apa saya cerita dengan pakar bius tu tp sakitnya sampai skrg terasa. Dalam scan sebelum ni hanya ada nampak 5 kanan dan 3 di kiri tetapi Dr Cheong boleh mengeluarkan 13 biji telur. Alhamdulillah.
Hari yang sama, sperma suami dihasilkan (dia buat kan tempat yang sama). Thank you abang.
Ada sejenis ubat yang diberikan oleh Dr Cheong untuk mengelak sakit. Setiap 6 jam perlu dimakan. Di waktu inilah saya betul-betul kesakitan pada setiap suboh. Boleh keluar keringat sejuk.
Waktu itulah suami saya akan berjaga untuk memastikan saya tidak kesakitan hingga mengerang. Selepas dia solat suboh, dia pulak sambung tidur.
9hb December 2018.
Saya menerima whatsapps dari pihak clinik dan mereka memberitahu dari 13 biji telur, ada 10 yang dapat disenyawakan dengan sperma suami. Alhamdulillah lagi.
Proses memasukkan telur-telur yang telah disenyawakan akan berjalan pada 11.12.18. Datang ke tempat yang sama.
Maaf ada gambar saya ketika masih amai. Waktu ini, saya baru keluar dari bilik bedah. Pertama kali saya dibius dan saya bagi tau anda semua, seronoknya tidur kalau kena bius ...hahaha...entah apa saya cerita dengan pakar bius tu tp sakitnya sampai skrg terasa. Dalam scan sebelum ni hanya ada nampak 5 kanan dan 3 di kiri tetapi Dr Cheong boleh mengeluarkan 13 biji telur. Alhamdulillah.
Hari yang sama, sperma suami dihasilkan (dia buat kan tempat yang sama). Thank you abang.
Ada sejenis ubat yang diberikan oleh Dr Cheong untuk mengelak sakit. Setiap 6 jam perlu dimakan. Di waktu inilah saya betul-betul kesakitan pada setiap suboh. Boleh keluar keringat sejuk.
Waktu itulah suami saya akan berjaga untuk memastikan saya tidak kesakitan hingga mengerang. Selepas dia solat suboh, dia pulak sambung tidur.
9hb December 2018.
Saya menerima whatsapps dari pihak clinik dan mereka memberitahu dari 13 biji telur, ada 10 yang dapat disenyawakan dengan sperma suami. Alhamdulillah lagi.
Proses memasukkan telur-telur yang telah disenyawakan akan berjalan pada 11.12.18. Datang ke tempat yang sama.
4. Perkara baru aku rasa
Dalam proses mengandung secara IVF ni, satu perkara baru yang saya perlu hadapi ialah emosi dan perangai...
Parutlah ketika kakak saya mengandung...punya kuat mengamuk...sampai saya berlawan cakap dengan dia,abis barang berterbangan...
Dan perasaan nak menangis...ini baru bagi saya...
saya sejenis manusia yang tidak akan nangis walaupun apa pun benda terjadi...
kali terakhir saya menangis ialah ketika Arwah bapa meninggal...itu 4 tahun yang lalu...
Ketika saya melakukan proses IVF ini, saya dapat berehat ketika cuti 2 bulan. Ketika itu, habis buku-buku cerita Melayu dan Inggeris saya baca. Perkara yang baru saya buat ketika relax dalam proses IVF ini ialah menonton semua drama dan wayang Korea.
Tak sesuai sungguh sebab emosi tidak stabil walaupun seronoknya tengok wayang-wayang dan drama-drama Korea ini. Sehinggakan suami saya pun sudah pandai tengok drama korea tiap-tiap malam. Ha hahahahaha...
Hormon memang tidak stabil, marah tu tidaklah tapi perasaan sedih tu ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)