Thursday, 3 January 2019

14. Kesihatan badan wanita perlu ada sebelum mengandung


03.01.2019

   Entah berapa kali aku tersalah tulis haribulan dan tahun hari ni....biasalah,tahun baru.

   Alhamdulillah back to work and back to reality. Best rasanya duduk berborak sambil buat kerja dengan kawan-kawan sekerja...banyak cerita lama dan baru dikongsi bersama...membawang pun ada....

   Aku dari dulu suka berbekal dari rumah sebab makanan di kantin selalunya tak sedap...tapi yang aku tidak suka ialah makan duduk beramai-ramai di kantin....ramai mak cik2 joyah yang suka cakap sebarangan...jadi tahun ni aku malas nak beramas mesrah di kantin.... Tapi yang saya malas sekarang ialah,mereka tidak tahu kecuali yang laki atau saudara mereka dalam bidang kedoktoran...walaupun tidak makan banyak...badan sudah naik hanya kerana suntikan hormon SETIAP HARI dari bawah pusat,gel panjang tang masuk ke vagina dan suntikkan di pipi buntot menyebabkan yang ada lemak makin banyak lemak...jadi macam biasa...aku abaikan saja..badan aku beb bukan badan kau hahah



   Ramai yang bertanya pasal proses IVF yang telah saya lakukan dan ramai yang tergamam dengan  perjalanan proses IVF ni...ada tang mau buat tp terus terang...mereka mempunyai masalah kesihatan...jantunglah,darahlah, pelbagai jenis penyakit yang diwarisi secara genetik... Saya hanya dengar....
   Jadi kepada sesiapa yang membaca kata-kata dari blog saya ini,kalau kamu mau cuba mengandung...check lah dulu kesihatan kamu...Rakan saya yang sama-sama membuat ivf,kerja kerani di salah sebuah perbadanan mempunyai masalah antibodi yang kuat dan itu pun boleh menyebabkan dia x boleh mngandung secara normal...dia baru test darah untuk memastikan dia boleh buat ivf dan mengandung atau tidak...saya cuba menghubungi dia tp macam dia mngelak...ada makna lah tu...kuatkan semangat wahai sahabat...

   Banyak sebenarnya yang menyebabkan susah untuk mengandung ni tapi tezeki tuhan, budak-budak yang terlanjur pun tidak pernah check apa-apa pun boleh melahirkan baby yang sihat kenapa kita tidak...

   Jadi,jagalah kesihatan dan kalau sudah tahu anda ada masalah kesihatan, carilah pakar...

p/s - Aku yang sihat waafiat ni pun susah nak mengandung...apa lagi yang ada masalah kesihatan


sekadar hiasan
Jangan sihat tapi cari pasal sampai memudaratkan badan dan kesihatan diri sendiri
😏😇😇😇😇😇

No comments:

Post a Comment