Thursday, 3 January 2019

15. Support system from power ladies



04.01.2019

   I need to do this in English. Sometimes its very hard to express everything in Malay. Expressing towards friends will be a hobby for a women...hehehe

I am thankful  because I found few facebook groups while doing the IVF. I enter this Malaysia's group doing IVF too.

https://www.facebook.com/groups/341516486297466/?fref=nf

They are the most wonderful and a powerful strength for me to go through IVF...while i have the same failure while my first attempt for IVF, the same people give words of wisdom and motivated me to go on....

   No negative words from them that why i love them so much.

 

10. Hcg

26. 12 18

Mendukacitakan

Pagi-pagi terus ke tempat blood test sebelah centrepoint dan result test pada pukul  12 tghari. Tidak melekat dr cheong cakap. Kami laki bini blur, aku tgk saja muka laki aku. Dia hanya tunduk. Aku betul2 x ada perasaan langsung ketika itu. Soalan yang tiba-tiba muncul....bila boleh buat lagi. Selepas period...kami terus keluar. Tak pernah aku menangis dalam kereta....nasib baik suami cakap...jangan salahkan diri...Tuhan belum bagi rezeki....

Aku ketika itu dan sekarang masih lagi marah....tak tahu aku nak taip apa hanya...cepat-cepatlah datang bulan


27 12 18
Fikir petang semalam ada keluar darah,gembira sebab period dah datang. Tengok-tengok hari ni darah yang keluar macam air mata saja.
Pada pukul 10pm,tiba-tiba ngilu bahagian di bawah perut. Nasib baik suami tidak kerja malam ni, saya terus jerit minta tolong carikan benda yang boelh dijadikan tungku. Ini yang dia buat πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
Air panas dalam botol sos cili yang bersih
saya letak dibawah perut baru tidak ngilu
Subhanallah sakitnya...

8. After the transfer and next steps

   Setiap selasa dan jumaat dalam 2 WW.

Kesakitan hari ni akan berkekalan selama 2 hari.Injection at the buttocks.



Saya lebih rela disuntikan diperut sebanyak 3 kali sehari dr disuntik di pipi buntot ni tau. 
Lain sungguh sakitnya...macam kena cubit d kulit...


Dam ada satu gel yang perlu dimasukkan melalui vagina kita...sakit oooo.....pagi2 selepas dimasukkan dan picit dan keluar gel hormon dari tiup ni...x nergeraklah saya selama 30 min


14. Kesihatan badan wanita perlu ada sebelum mengandung


03.01.2019

   Entah berapa kali aku tersalah tulis haribulan dan tahun hari ni....biasalah,tahun baru.

   Alhamdulillah back to work and back to reality. Best rasanya duduk berborak sambil buat kerja dengan kawan-kawan sekerja...banyak cerita lama dan baru dikongsi bersama...membawang pun ada....

   Aku dari dulu suka berbekal dari rumah sebab makanan di kantin selalunya tak sedap...tapi yang aku tidak suka ialah makan duduk beramai-ramai di kantin....ramai mak cik2 joyah yang suka cakap sebarangan...jadi tahun ni aku malas nak beramas mesrah di kantin.... Tapi yang saya malas sekarang ialah,mereka tidak tahu kecuali yang laki atau saudara mereka dalam bidang kedoktoran...walaupun tidak makan banyak...badan sudah naik hanya kerana suntikan hormon SETIAP HARI dari bawah pusat,gel panjang tang masuk ke vagina dan suntikkan di pipi buntot menyebabkan yang ada lemak makin banyak lemak...jadi macam biasa...aku abaikan saja..badan aku beb bukan badan kau hahah



   Ramai yang bertanya pasal proses IVF yang telah saya lakukan dan ramai yang tergamam dengan  perjalanan proses IVF ni...ada tang mau buat tp terus terang...mereka mempunyai masalah kesihatan...jantunglah,darahlah, pelbagai jenis penyakit yang diwarisi secara genetik... Saya hanya dengar....
   Jadi kepada sesiapa yang membaca kata-kata dari blog saya ini,kalau kamu mau cuba mengandung...check lah dulu kesihatan kamu...Rakan saya yang sama-sama membuat ivf,kerja kerani di salah sebuah perbadanan mempunyai masalah antibodi yang kuat dan itu pun boleh menyebabkan dia x boleh mngandung secara normal...dia baru test darah untuk memastikan dia boleh buat ivf dan mengandung atau tidak...saya cuba menghubungi dia tp macam dia mngelak...ada makna lah tu...kuatkan semangat wahai sahabat...

   Banyak sebenarnya yang menyebabkan susah untuk mengandung ni tapi tezeki tuhan, budak-budak yang terlanjur pun tidak pernah check apa-apa pun boleh melahirkan baby yang sihat kenapa kita tidak...

   Jadi,jagalah kesihatan dan kalau sudah tahu anda ada masalah kesihatan, carilah pakar...

p/s - Aku yang sihat waafiat ni pun susah nak mengandung...apa lagi yang ada masalah kesihatan


sekadar hiasan
Jangan sihat tapi cari pasal sampai memudaratkan badan dan kesihatan diri sendiri
πŸ˜πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Tuesday, 1 January 2019

13. Perlu kawan untuk meluahkan segala-galanya

1.1.2019

Selamat Tahun Baru 2019

   Sebenarnya kadang-kala orang yang pernah keguguran atau tidak menjadinya baby ni perlu ada kawan untuk meluahkan semua isi hati tp sekarang tak ada sudah kawan yang betul dikatakan kawan....siapa kawan seorang wanita? Suami...wlupun suami ni sejenis species yang lambat pick up apa yang kita mau...tak dapat kita berkias-kias...terpaksa terus terang baru durang faham...hmmm



En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikan bersama..😊😊😊

Sekian Motivasi Hari IniπŸ’– 😘
31 Disember 2018
Buang yang keruh ambil yang jernih
Buka lembaran baru 2019 dengan lebih baik lagi..AminπŸ’–